Kita Adalah Apa Yang Kita Gambarkan Di Dalam Minda

Thursday, May 8, 2008 0 comments

Salam pembaca blog, apa khabar Anda? Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang gambaran mental. Ia berkaitan dengan cara bagaimana kita handle gambaran mental yang ada di dalam kepala kita.

Dulu, saya pernah tulis satu quote motivasi berbunyi "kita adalah apa yang kita fikirkan". Fikirkan boleh, maka kita memang boleh buat bila kita start buat.

Bila kita fikir tak boleh buat dan mula timbul keraguan, kita akan mula rasa yang kita dah tak boleh buat, susah jadinya dan macam ia bukan untuk kita. Hmm, sebenarnya, fikiran sebegini memusnahkan diri kita sendiri tanpa kita sedari, bagaikan virus diam yang merbahaya.

Minda separa sedar kita sensitif terhadap gambaran visual yang kita bayangkan, lebih-lebih lagi bila ia disertakan dengan emosi mendalam, perasaan dan diiringi deria pendengaran, sentuhan, bau serta rasa. Saya percaya tiap kali kita memikirkan sesuatu, mendengar sesuatu dan berkata tentang sesuatu, serta merta gambaran mental tentang apa yang kita fikirkan tu akan muncul di dalam minda seperti sebuah klip video ataupun gambar foto.

Tips motivasi kali ini, Anda menjadi setiap apa yang Anda gambarkan. Jadi, untuk berjaya dalam apa jua yang Anda lakukan, gambarkan diri Anda berjaya melakukannya sebelum Anda benar-benar mula melakukannya sekarang ini.

Jika Anda seorang pelajar dan terasa susah nak mengahadapi peperikasaan, tak semena-mena akan timbul gambaran minda yang menunjukkan Anda di dalam kesusahan menghadapi kertas peperiksaan tersebut, jadi resah, gelisah dan tak keruan. Bila ini yang Anda gambarkan, maka itulah yang akan jadi sebab gambaran mental berkait rapat dengan fikiran kita, lalu memberi kesan kepada fizikal kita serta anggota-anggota badan yang lain, sebab tu jadi berpeluh, jantung berdegup kencang dan tetiba rasa risau. Last-last, macam susah nak jawap exam paper.

Penyelesaiannya, tukar gambaran mental tu.. gambarkan yang Anda melihat diri Anda menjawap kertas peperiksaan tersebut dengan lancar dan fakta-fakta yang Anda ingati mengalir laju macam air. Nak jawap peperiksaan, kena relaks dan biar dalam keadaan tenang.

Mengapa pula? Sebab, minda separa sedar yang menyimpan memori takkan memberi Anda jawapan yang Anda mahu jika Anda terus menerus tertekan, rasa gelisah, resah dan tak selesa. Tukar gambaran mental Anda kepada sesuatu yang baik, wujudkan ia seperti sebuah klip videe yang bergerak dan Anda melihat diri Anda menjawap dengan dengan baik.. lama-lama, semangat akan timbul dan Anda mula mendapat inspirasi untuk menjawap peperiksaan.

Cuba dulu dan Anda akan rasa kesannya. Semoga Berjaya !

p.s. Tips ini saya tujukan buat pembaca blog yang mengambil SPM dan peperiksaan IPT. Jangan mengalah pada perasaan "tak boleh buat" .. tukar ia kepada "saya boleh buat". Aktifkan imaginasi Anda seaktif yang mungkin, sejelas yang mungkin, selama yang mungkin !



::: Menguji Minda - Soduku ::


:: Menghilangkan Stress - Sila Klik Pada Anak Patung ::

Created by : Al - Badru Training