Profil Syarikat

Monday, February 11, 2008 0 comments

Mulai tahun 1999, Al-Badru Training telah mula mengorak langkah proaktif dengan menawarkan kepada pihak sekolah, PIBG, agensi kerajaan dan swasta serta semua pihak yang berminat bagi menganjurkan secara bersama kursus-kursus berbentuk motivasi dan pembangunan diri khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah (Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Selangor – Bil (40) dlm. JPS4283 Jld 128 (F) ), mahasiswa dan mahasiswi di IPT, para belia serta kakitangan sektor swasta dan kerajaan.
Al-Badru Training cukup berpengalaman dalam soal penyampaian ilmu dan maklumat di samping berkeupayaan menyuntik semangat motivasi dan kesedaran ke arah pembentukan peribadi idaman. Ini terbukti apabila perundingnya menerima banyak jemputan berceramah serta mengendalikan kursus dan seminar oleh pelbagai agensi.
Adalah diharapkan matlamat Al-Badru Training untuk turut menyumbang kepada pembinaan masyarakat pelajar, remaja, belia dan pekerja berwibawa akan tercapai.

Oleh itu Al-Badru Training sudah semestinya memerlukan partisipasi serta sokongan dan nasihat berguna dalam setiap akitivitinya. Mulai tahun 2003, pihak Al-Badru Training sebagai juru perunding oleh Lembaga Zakat Selangor untuk program Hijrah Ilmu.
Manakala pada tahun 2006, pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik pihak Al-Badru Training untuk mengendalikan Kursus Motivasi Didik Fitrah.

0 comments: to “ Profil Syarikat so far...



::: Menguji Minda - Soduku ::


:: Menghilangkan Stress - Sila Klik Pada Anak Patung ::

Created by : Al - Badru Training